Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan Berikutan Penamatan Pengeluaran Proton Perdana Menjimatkan Perbelanjaan Sewaan Kenderaan Kerajaan

Pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan Berikutan Penamatan Pengeluaran Proton Perdana Menjimatkan Perbelanjaan Sewaan Kenderaan Kerajaan

Berikutan pelbagai perbincangan mengenai pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) di dalam media sosial, Kementerian Kewangan (MOF) ingin memaklumkan bahawa keputusan Kerajaan supaya kereta model Toyota Vellfire 2.5L digunakan sebagai KRJ bagi Menteri-menteri Persekutuan telah dibuat bagi menggantikan model Proton Perdana 2.4 Premium yang telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2014.

Keputusan pertukaran KRJ ini juga dibuat antara lainnya berdasarkan kos sewaan bulanan Toyota Vellfire 2.5 yang lebih rendah dari kos sewaan bulanan Proton Perdana 2.4 Premium.

 

  Proton Perdana  Velfire 2.5 
Kos Sewaan Sebulan  RM4,854.41 RM4,851.61

 

Cadangan penggantian kereta Proton Perdana kepada kenderaan lain seperti Vellfire sebenarnya telah dipertimbangkan semasa pentadbiran Kerajaan terdahulu tetapi ditangguhkan dan hanya dilaksanakan pada tahun ini. Untuk makluman, usia KRJ bagi Jemaah Menteri sebelum penggantian pada tahun ini ada yang mencecah usia 6 tahun sedangkan penggantian KRJ bagi Jemaah Menteri sebenarnya dijadualkan setiap 4 tahun sekali.


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
7 November 2021

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility