Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

PRIHATIN : Bantuan berjumlah RM300 juta secara one-off bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dipercepatkan dan piperluaskan kepada pelajar tingkatan enam, diploma dan yang setara

PRIHATIN : Bantuan berjumlah RM300 juta secara one-off bagi pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dipercepatkan dan piperluaskan kepada pelajar tingkatan enam, diploma dan yang setara

Salah satu langkah PRIHATIN yang diumumkan YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 adalah bantuan secara one-off RM200 kepada setiap pelajar sepenuh masa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) meliputi pelajar matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik serta Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi.

Kementerian Kewangan dengan sukacitanya memaklumkan bahawa bantuan tersebut diperluaskan kepada pelajar tingkatan enam, pelajar diploma dan yang setara, termasuk di institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta MARA.

Dengan perluasan tersebut, peruntukan yang disediakan telah dinaikkan daripada RM270 juta kepada RM300 juta untuk memanfaatkan lebih kurang 1.5 juta pelajar.

Kementerian Penyeliaan Kategori Pelajar Anggaran Pelajar Layak Menerima
KPT IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS 1.2 juta
KPM Tingkatan Enam & Matrikulasi 0.1 juta
Pelbagai Pelajar diploma atau setara termasuk TVET SKM4 dan ke atas 0.2 juta
JUMLAH 1.5 juta

Di samping itu, Kementerian yang terlibat akan mempercepatkan jadual bayaran kepada pelajar IPT yang layak daripada bulan Mei kepada hujung bulan April 2020.

Kerajaan berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar IPT dalam tempoh PKP. Moga mereka terus sabar dan gigih dalam perjalanan menuntut ilmu dan menimba kemahiran.


YB TENGKU DATO’ SRI ZAFRUL AZIZ
Menteri Kewangan
Putrajaya
11 April 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility