Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pembayaran kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar dibayar mulai 2 April 2020

Prihatin Rakyat (PRIHATIN) pembayaran kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar dibayar mulai 2 April 2020

Kerajaan prihatin dengan impak wabak COVID-19 terhadap semua golongan masyarakat khususnya industri yang berasaskan kepada industri pelancongan. Sejajar dengan hasrat tersebut, Kerajaan telah mengumumkan bayaran bantuan one-off RM600 kepada pemandu teksi, pemandu pelancong, pemandu bas pelancong dan pengusaha beca.

Selaras dengan komitmen Kerajaan yang prihatin, bayaran secara one-off sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pemandu pelancong yang berdaftar akan mula dimasukkan ke dalam akaun yang berdaftar mulai 2 April 2020. Langkah untuk memasukkan ke dalam akaun adalah untuk memudahkan rakyat supaya tidak perlu keluar dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Pada masa yang sama, semakan dan kemaskini maklumat akaun bagi kategori penerima yang berdaftar boleh dibuat melalui laman web Kementerian Kewangan iaitu www.treasury.gov.my mulai 2 April 2020.

Kerajaan berharap bantuan ini dapat meringankan beban rakyat di dalam menjalani kehidupan seharian yang mencabar disebabkan oleh penularan wabak COVID-19.


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
1 April 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility