Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Program Jerayawara Inisiatif Pembiayaan Perusahaan Mikro Kecil Dan Sederhana (PMKS) Sarawak 2024

Program Jerayawara Inisiatif Pembiayaan Perusahaan Mikro Kecil Dan Sederhana (PMKS)  Sarawak 2024

Kerajaan MADANI sentiasa komited membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memulakan perniagaan, mengembang dan mempertahankan daya saing dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar. Pelbagai program pembiayaan menerusi institusi kewangan terus dilaksanakan pada tahun 2024 bagi membantu usahawan mendapatkan akses kepada pembiayaan perniagaan selaras dengan inisiatif di bawah kerangka Ekonomi Madani.

Salah satu program tersebut adalah Jerayawara Inisiatif Pembiayaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana yang akan dilaksanakan di empat (4) bandar utama Sarawak untuk mewujudkan jaringan strategik dan sokongan kepada PMKS untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan. Menerusi program ini, institusi kewangan akan berkongsi maklumat mengenai kemudahan pembiayaan dan perkhidmatan yang disediakan kepada PMKS.

Butiran Program Jerayawara Inisiatif PMKS Sarawak adalah seperti berikut:



Bil  Tarikh/Hari/Masa Lokasi Aktiviti
11 Mei 2024 (Sabtu)
8.30 pagi – 4.30 petang
Islamic Information Centre (IIC), KCLD, Block 10,
Jalan Ong Tiang Swee,
93200 Kuching, Sarawak.

(i) Taklimat*
(ii) Sesi Konsultasi
(iii) Pameran *Taklimat daripada institusi kewangan.

 Pendaftaran awal digalakkan kerana tempat yang terhad. Pendaftaran boleh dilakukan menerusi link https://shorturl.at/ejY89

2   21 Mei 2024 (Selasa)
8.30 pagi – 4.30 petang
University of Technology Sarawak (UTS),
Jalan University,
96000 Sibu, Sarawak.
3 23 Mei 2024 (Khamis)
8.30 pagi – 4.30 petang
Universiti Putra Malaysia (UPM) Bintulu,
Jalan Nyabau,
97000 Bintulu, Sarawak.
4 27 Mei 2024 (Isnin)
8.30 pagi – 4.30 petang
Pustaka Negeri Sarawak, Miri
Jalan Kipas,Miri City Fan
98000 Miri, Sarawak.

 

Agensi kerajaan dan institusi kewangan yang menyertai program jerayawara ini termasuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank), Bank Simpanan Nasional, Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, Export-Import Bank of Malaysia Berhad, Small Medium Enterprose Development Bank Malaysia Berhad, Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad dan Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada individu dan syarikat yang berminat.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
7 Mei 2024

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility