Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Rakyat Dinasihatkan Berhati-Hati Dengan Scammer Talian Sumbangan Tunai Rahmah

Rakyat Dinasihatkan Berhati-Hati Dengan Scammer  Talian Sumbangan Tunai Rahmah

Kementerian Kewangan (MOF) ingin menasihati orang ramai supaya sentiasa waspada dengan cubaan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan talian rasmi Sumbangan Tunai Rahmah/Sumbangan Asas Rahmah untuk menghubungi orang ramai secara rawak dan meminta mereka membuat bayaran dalam jumlah yang besar.

MOF tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga untuk menggunakan nombor talian telefon rasmi MOF. Pegawai MOF juga tidak dibenarkan untuk mengutip bayaran dari orang ramai bagi sebarang tujuan.

Orang ramai masih lagi boleh menghubungi talian bantuan Sumbangan Tunai Rahmah/Sumbangan Asas Rahmah MOF iaitu 03-8882 4565/4566 untuk sebarang pertanyaan berkenaan kedua-dua bantuan tersebut.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
10 Mei 2024

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility