Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

RM231 Juta Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Kepada 210,000 Penerima Yang Lulus Rayuan Disalurkan Mulai 23 November 2020

RM231 Juta Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Kepada 210,000 Penerima Yang Lulus Rayuan Disalurkan Mulai 23 November 2020

Sukacita dimaklumkan bahawa seramai 210,000 penerima telah lulus rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020. Pembayaran ini akan memanfaatkan 192,000 isi rumah dan 18,000 penerima bujang (40-59 tahun) dengan anggaran peruntukan sebanyak RM231 juta.

Semakan status kelulusan permohonan rayuan boleh dibuat di portal BSH, bsh.hasil.gov.my mulai 16 November 2020. Bagi rayuan yang diluluskan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan mulai 23 November 2020.

Permohonan rayuan BSH 2020 ini telah dibuka antara 7 Ogos sehingga 6 September 2020 yang lalu bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan. Pemohon yang ditolak permohonannya sebelum ini telah dapat mengemukakan rayuan berserta dokumen berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Lebih 250,000 permohonan rayuan telah diterima dan setiap daripadanya diverifikasi semula oleh LHDNM dengan data terkini agensi-agensi berkaitan bagi menentukan kelayakan.

Pembayaran BSH 2020 sebanyak RM231 juta kepada pemohon rayuan yang lulus menjadikan keseluruhan pembayaran BSH tahun ini sebanyak RM5 bilion, yang melibatkan 4.5 juta penerima merangkumi 3.95 juta isi rumah dan 550,000 penerima bujang (40-59 tahun).

Kerajaan sentiasa peka dan membantu dalam menjamin kelangsungan hidup Rakyat. InsyaAllah, bantuan Kerajaan akan sentiasa diperhalusi dan pelaksanaan usaha ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa.


Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
16 November 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility