Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

RM883 juta bayaran GKP Tambahan kepada 900,000 PKS Mikro disalurkan mulai 25 Mac 2021

RM883 juta bayaran GKP Tambahan kepada 900,000 PKS Mikro disalurkan mulai 25 Mac 2021

Di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), Kerajaan telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 serta RM500 kepada PKS mikro di negeri bukan PKP. GKP Tambahan ini bertujuan meringankan beban kewangan perniagaan ekoran penularan wabak COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan PKS mikro.

Sukacita dimaklumkan bahawa semua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan mulai 25 Mac 2021 melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM883 juta. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac 2021 di Portal GKP, iaitu gkp.hasil.gov.my.

Mengambil kira GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP Tambahan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima GKP adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM3.58 bilion.


YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan
22 Mac 2021


LAMPIRAN

Perincian penerima GKP Tambahan PERMAI adalah seperti berikut:

  PENERIMA SYARAT KADAR (RM) TARIKH BAYARAN JUMLAH (RM)
GKP SABAH 54,000  Penerima GKP 1.0 dan 2.0 termasuk Rayuan 1,000 25 Mac 2021 54 juta 
GKP NEGERI PKP 812,000  1,000  812 juta 
GKP NEGERI BUKAN PKP – SARAWAK 34,000  500  17 juta 
JUMLAH 900,000       883 juta 

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility