Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak telah mencapai persetujuan untuk semakan kadar amaun pemberian khas di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa bermula tahun 2023 sebagai penyelesaian secara interim sementara proses memuktamadkan formula semakan pemberian khas bagi jangka panjang.
Penyelesaian secara interim ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTP-MA63) yang telah berlangsung pada 20 Januari 2023 dan telah dibentangkan dalam Belanjawan 2024. Persetujuan adalah meliputi perkara-perkara berikut:
Bagi melaksanakan semakan kadar amaun pemberian khas baharu ini berdasarkan Perkara 112D(1) dan 112D(5) Perlembagaan Persekutuan, Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sabah) 2023 dan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D) (Negeri Sarawak) 2023 telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 24 November 2023. Bayaran pemberian khas tahun 2023 pada kadar baharu RM300 juta telah disempurnakan semalam (28 November 2023) melalui penyaluran kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
29 November 2023