Sukacita dimaklumkan bahawa semakan status kelulusan rayuan BPR boleh dibuat mulai 18 September 2021 di Portal BPR, bpr.hasil.gov.my. Pembayaran rayuan BPR ini akan melibatkan hampir200 ribu penerima BPR dengan anggaran peruntukan sebanyakRM240 juta. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada penghujung September 2021 bersekali dengan penerima bayaran BPR Fasa 3.
Kerajaan telah mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) melalui permohonan rayuan BPR yang dibuka pada 15 sehingga 30 Jun 2021.Permohonan rayuan ini telah diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memastikan inisiatif bantuan tunai ini dapat disalurkan dan dimanfaatkan oleh golongan yang benar-benar layak.
Kerajaan berharap bantuan tunai yang secara keseluruhannya berjumlah RM17.1 bilion sehingga hujung tahun ini boleh membantu keluarga Malaysia menampung dan menguruskan perbelanjaan penting mereka.
SelarasdenganpengumumankelulusanrayuanBPRini,Kerajaanturut memberipeluang kepada golongan yang lulus rayuan BPR menyertai Program Jaringan Prihatin . Oleh itu, tarikh akhir pendaftaran dan penebusan program ini akan dilanjutkan sehingga 30 September 2021 Pelanjutan ini juga bertepatan dengan situasi semasa dan memberi ruang dan masa kepada mereka yang perlu mendaftar dan menebus telefon mereka di kedai secara fizikal.
Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan program yang disediakan menepati kehendak golongan sasar dan memudahkan pembelajaran anak-anak golongan B40 mendapatkan pakej telekomunikasi ataupun pakej peranti mudah alih. Sokongan ini diharapkan dapat menjamin pembelajaran yang lebih lancar dan kondusif.
YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
17 September 2021
LAMPIRAN
Ringkasan jumlah dan tarikh bayaran bantuan tunai Kerajaan pada tahun 2021 adalah seperti berikut:
| BANTUAN TUNAI | TARIKH BAYARAN | JUMLAH |
|---|---|---|
| Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 Fasa 2 | Januari 2021 | RM2.4 bilion |
| Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 1 | Februari/Mac 2021 | RM1.93 bilion |
| Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2 | Mei 2021 | RM2.75 bilion |
| Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan | Jun/Julai 2021 | RM2.1 bilion |
| Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 1 | September 2021 | RM3.1 bilion |
| Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 3 dan Rayuan BPR | September 2021 | RM2.82 bilion |
| Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) | Oktober 2021 | RM0.5 bilion |
| Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 2 | November 2021 | RM0.3 bilion |
| Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 3 | Disember 2021 | RM1.2 bilion |
| JUMLAH | RM17.1 bilion |