Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Senarai 101 Projek Bernilai RM6.61 Bilion Melalui Perolehan Kerajaan Secara Rundingan Terus

Senarai 101 Projek Bernilai RM6.61 Bilion Melalui Perolehan Kerajaan Secara Rundingan Terus

Merujuk kepada soalan mengenai perolehan kerajaan secara rundingan terus (RT) semasa pemerintahan kerajaan terdahulu, saya telah menjawab di Parlimen pada 24 Ogos 2020 semasa ucapan penggulungan Rang Undang-undang Pembiayaan Kerajaan (Covid-19) 2020, bahawa perolehan secara RT dibenarkan dengan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF). Ini adalah berdasarkan peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 6(1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Semakan 1972) dan pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang berkaitan.

RT dibenarkan atas dasar proses perolehan yang memenuhi salah satu atau lebih daripada syarat-syarat berikut:

  1. Perolehanbekalandanperkhidmatanmelibatkankeperluanmendesakyangmana jika perolehan tersebut tidak dilaksanakan dengan segera, ia boleh memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan negara;
  2. Keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan (compatibility) antara barangan sedia ada dengan barangan baru yang diperoleh;
  3. Satu punca bekalan atau perkhidmatan iaitu pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber sahaja;
  4. Keselamatan/ strategik yang melibatkan perolehan item atau perkhidmatan demi keselamatan atau kepentingan strategik negara; atau
  5. Kontrak dengan syarikat pembuat (manufacturer) Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan.

Proses ini melibatkan permohonan daripada Kementerian-Kementerian lain kepada MOF. Semasa pentadbiran sebelum ini, sejumlah 101 projek atau perolehan yang bernilai RM6.61 bilion telah diluluskan secara RT oleh MOF.

Dalam beberapa hari yang lalu, terdapat permintaan dibangkitkan berkaitan perkongsian senarai 101 maklumat projek yang telah diluluskan melalui proses RT ini. Atas dasar mendokong urus tadbir yang baik demi ketelusan pentadbiran, senarai tersebut disertakan sebagai Lampiran A.

Ringkasan pecahan mengikut Kementerian adalah seperti berikut:

Kementerian
Bil.
Nilai Perolehan (RM juta)
Kementerian Pengangkutan Malaysia
4
4,477.76
Kementerian Pertahanan
6
900.86
Kementerian Dalam Negeri
8
517.68
Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
12
380.12
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
2
170.79
Kementerian Pendidikan
7
87.49
Kementerian Kesihatan Malaysia
4
10.87
Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
9
10.36
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim
7
8.46
Kementerian Kewangan Malaysia
4
9.03
Jabatan Perdana Menteri
5
8.18
Kementerian Pembangunan Luar Bandar
2
7.36
Kementerian Belia Dan Sukan
1
6.45
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
8
6.15
Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli
13
5.67
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
1
1.18
Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
4
1.17
Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya
2
0.57
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
1
0.16
Kementerian Wilayah Persekutuan
1
0.096
Jumlah Keseluruhan
101
6.61 bilion

Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz
Menteri Kewangan Malaysia
Kementerian Kewangan
Putrajaya
26 Ogos 2020

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility