Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Siaran Media Berkenaan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HGVT)

Siaran Media Berkenaan Cukai Barang Bernilai Tinggi (HGVT)

Bagi mempertingkat tahap ekonomi Malaysia dan memulihkan kedudukan fiskal Kerajaan seperti yang dirangka dalam Ekonomi MADANI, Kerajaan MADANI komited untuk melaksanakan reformasi fiskal melalui pelaksanaan penyasaran semula subsidi dan memperluas asas cukai, serta mengambil pendekatan progresif dalam memastikan langkah-langkah ini tidak membebankan golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Ini dapat dilihat melalui pelaksanaan penyasaran semula subsidi elektrik pada Januari 2024, di mana 85% pengguna elektrik tidak menghadapi sebarang kenaikan tarif. Selain itu, Cukai Keuntungan Modal (CGT) juga telah dikuatkuasakan pada Mac 2024 ke atas syarikat dan bukan ke atas individu. Ini juga termasuk perubahan pada Cukai Perkhidmatan yang membabitkan beberapa pengecualian bagi menangani isu kos sara hidup.

Cukai Barang Bernilai Tinggi (HVGT) pada awalnya dirancang untuk dibentangkan pada sidang Parlimen baru-baru ini bagi membolehkan pelaksanaan menjelang Mei 2024. Walau bagaimanapun, Kerajaan perlu menjalankan libat urus dengan pihak berkepentingan yang berkaitan bagi memuktamadkan butiran HVGT, termasuk skop barangan dan nilai ambang yang berkaitan. Ini bagi memastikan keberkesanan HVGT tanpa menjejaskan ekonomi rakyat.

Kerajaan MADANI sedang giat berusaha untuk mencapai keseimbangan dalam memperbaiki kedudukan fiskal negara dan pada masa yang sama tidak menambah beban rakyat. Reformasi fiskal juga akan memberi lebih banyak ruang kepada Kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan perlindungan sosial dengan meningkatkan perbelanjaan untuk infrastruktur dan perkhidmatan awam yang kritikal seperti pendidikan dan kesihatan.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
30 Mac 2024


Nota: Kenyataan ini adalah sebagai maklum balas kepada soalan oleh BERNAMA.

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility