Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2025 Meningkat Kepada RM2.3 Bilion, Disalurkan Mulai 22 Januari 2025

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 2025 Meningkat Kepada RM2.3 Bilion, Disalurkan Mulai 22 Januari 2025

Susulan penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) minggu lalu, Kerajaan akan menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 mulai 22 Januari 2025 dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion[1] , berbanding RM2.1 bilion pada tahun lalu.

Secara keseluruhan, program STR dan SARA pada tahun 2025 akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima atau 60% daripada penduduk dewasa. Bagi STR dan SARA 2025, Kerajaan telah melonjakkan kadar maksimum untuk isi rumah kepada RM4,600 tahun ini iaitu kenaikan hampir 25% berbanding RM3,700 tahun lalu. Kadar minimum untuk golongan bujang juga naik kepada RM600 daripada RM500 tahun lalu, iaitu kenaikan sebanyak 20%.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, berkata peningkatan peruntukan bagi STR Fasa 1 yang jauh melangkaui kadar inflasi negara ini mencerminkan tekad Kerajaan untuk memastikan kebajikan sebilangan besar rakyat kian bertambah baik meskipun berlakunya peningkatan kos sara hidup.

“Kendatipun peningkatan kos sara hidup adalah fenomena yang melanda seluruh dunia, besarlah harapan Kerajaan MADANI agar peningkatan sumbangan SARA dan STR saban tahun ini dapat membantu rakyat menggapai kehidupan yang lebih berdarjat,” tambah beliau.

Pembayaran STR Fasa 1 akan disalurkan secara berperingkat mulai Rabu, 22 Januari 2025 kepada penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat[2] mengikut kategori kelayakan STR masing-masing[3]

Permohonan baharu dan kemas kini bagi STR akan dibuka sepanjang tahun. Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan di Portal Rasmi STR, melalui pautan href="https://bantuantunai.hasil.gov.my">https://bantuantunai.hasil.gov.my, bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan STR juga boleh didapati di Portal Rasmi STR. Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
21 Januari 2025



1Sila rujuk Jadual di Lampiran
2Sila rujuk Jadual di Lampiran
3Sila rujuk Jadual di Lampiran

Lampiran

  1. Perbandingan pembayaran STR Fasa 1 tahun 2023-2025 seperti berikut:
Kategori Penerima
STR 2023
STR 2024
STR 2025
RM bilion
RM bilion
RM bilion
Isi Rumah (≤ RM2,500)
0.9
1.4
1.4
Isi Rumah (RM2,501-RM5,000)
0.3
0.2
0.2
Warga Emas Tiada Pasangan
0.12
0.2
0.2
Bujang
0.35
0.3
0.5
Jumlah
RM 1.67 bilion
RM2.1 bilion
RM2.3 bilion

 

  1. Pembayaran STR Fasa 1 akan disalurkan secara berperingkat seperti berikut:
Jenis Penerima Tarikh Pembayaran Kaedah Bayaran
Mempunyai akaun bank 22-28 Januari 2025 Dikreditkan terus ke dalam akaun bank.
Tiada akaun bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) Mulai 22 Januari 2025 Pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

 

  1. Pembayaran STR Fasa 1 mengikut kategori kelayakan masing-masing seperti berikut:
Kategori Penerima STR
Bukan Miskin dan
Miskin Tegar
Jumlah Penerima
Kadar Bayaran STR Fasa 1
Implikasi Kewangan (RM bilion)
Isi Rumah (≤ RM2,500)
2.8 juta
RM500
1.4
Isi Rumah (RM2,501-RM5,000)
1.0 juta
RM150-RM300
0.2
Warga Emas Tiada Pasangan
1.3 juta
RM150
0.2
Bujang
3.2 juta
RM150
0.5
Jumlah
8.3 juta
-
RM2.3 bilion

 

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility