Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Tarikh akhir pendaftaran Program Jaringan Prihatin dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2021

Tarikh akhir pendaftaran Program Jaringan Prihatin dilanjutkan sehingga 31 Ogos 2021

Program Jaringan Prihatin adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan dirtambahbaik di bawah pakej PEMERKASA, di mana semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak mendapatkan bantuan bagi perkhidmatan data internet atau pembelian peranti mudah alih melalui dua belas (12) syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian. Program bernilai RM3.5 bilion ini telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 5 Mei 2021.

Setakat 22 Jun 2021, pendaftaran bagi program ini telah mencecah 2.8 juta dan lebih daripada 500 ribu penerima telah menerima peranti mudah alih baharu. Secara keseluruhan, hampir RM180 juta telah disalurkan kepada golongan B40 melalui program Jaringan Prihatin untuk mengurangkan kos mendapatkan akses internet dan membantu melancarkan PDPR bagi isi rumah yang mempunya anak bersekolah.

Selaras dengan pengumuman PKP 3.0 Fasa 1 dan juga tempoh rayuan bagi permohonan BPR, tarikh akhir pendaftaran dan penebusan untuk Program Jaringan Prihatin akan dilanjutkan selama satu (1) bulan, iaitu sehingga 31 Ogos 2021. Tempoh perlaksanaan program juga akan dipanjangkan, sehingga 31 Ogos 2022. Perlanjutan ini akan membolehkan pemohon BPR yang baru diluluskan untuk berdaftar dengan program Jaringan Prihatin. Permohonan untuk Jaringan Prihatin boleh dibuat secara dalam talian atau melalui aplikasi syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian.

 Tempoh perlaksanaan program dan tarikh akhir akan dilanjutkan adalah seperti berikut:

 

Butiran Tarikh Akhir Baharu
Pendaftaran 31 Ogos 2021
Penebusan Pakej Peranti 31 Ogos 2021
Tempoh Perlaksanaan Program 5 Mei 2021 hingga 31 Ogos 2022
 

Untuk maklumat lanjut dan soalan lazim, sila layari: belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/jaringanprihatin.

 


YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan
1 Julai 2021

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility