Hari keempat pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM117.1 juta, melibatkan 1.8 juta penerima — berbanding hanya RM76.8 juta oleh 1.1 juta penerima pada 2 September. Kadar transaksi berjaya juga meningkat kepada 99.7% berbanding dengan 95% pada 2 September 2025.
Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tiga hari lalu, telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini.
Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos 2025, lebih 4.8 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA dengan jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM312.6 juta di seluruh negara.
Kementerian Kewangan
Putrajaya
3 September 2025