Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Transaksi Penghargaan Sara Hari Keenam Berjalan Lancar

Transaksi Penghargaan Sara Hari Keenam Berjalan Lancar

Hari keenam pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM107.1 juta, melibatkan 1.7 juta penerima setakat jam 9.30 malam. Kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99% hari ini. 

Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang lima hari lalu, telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini. 

Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos 2025, lebih 8.3 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan dengan jumlah perbelanjaan rakyat daripada 6 hari mencecah RM536.9 juta di seluruh negara.


Kementerian Kewangan 
Putrajaya 
5 September 2025

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility