Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Transaksi Penghargaan Sara Hari Kelima Berjalan Lancar

Transaksi Penghargaan Sara Hari Kelima Berjalan Lancar

Hari kelima pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM106.1 juta, melibatkan 1.7 juta penerima setakat jam 9.30 malam. Kadar transaksi berjaya kekal stabil pada 99.5% hari ini selaras dengan prestasi semalam. 

Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang empat hari lalu, telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini. 

Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos 2025, lebih 6.6 juta rakyat atau 30% daripada jumlah penerima telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA dengan jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM425.2 juta di seluruh negara. 


Kementerian Kewangan
Putrajaya
4 September 2025

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility