Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Transaksi Penghargaan Sara Hari Ketujuh Berjalan Lancar

Transaksi Penghargaan Sara Hari Ketujuh Berjalan Lancar

Hari ketujuh pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjalan lancar dengan jumlah jualan sebanyak RM100 juta, melibatkan 1.7 juta penerima setakat jam 10.30 malam. Kadar transaksi berjaya meningkat kepada 99.9% berbanding 99% setakat jam 10.30 malam semalam.

Usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang enam hari lalu, telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai pada hari ini.

Secara keseluruhan sejak pelaksanaan Penghargaan SARA pada 31 Ogos 2025, lebih 10 juta rakyat telah membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA dan SARA bulanan dengan jumlah perbelanjaan rakyat daripada tujuh hari mencecah RM641.9 juta di seluruh negara.


Kementerian Kewangan
Putrajaya
6 September 2025

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility