Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Siaran Media

Wakil-Wakil Dari Parti-Parti Pembangkang Dijemput Menganggotai Majlis Pemulihan Negara

Wakil-Wakil Dari Parti-Parti Pembangkang Dijemput Menganggotai Majlis Pemulihan Negara

1. Mesyuarat pertama Majlis Pemulihan Negara (MPN) telah dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Md Yassin hari ini. MPN dianggotai oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, YB Menteri Kewangan (Menteri Penyelaras); YB Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri; YB Menteri Kanan Kerja Raya; YB Menteri Kanan Pendidikan; YB Menteri Kanan Luar Negeri; YB Menteri Kesihatan; YB Menteri Sains dan Teknologi; YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi); Ketua Setiausaha Negara; Ketua Pengarah Kesihatan; Ketua Pengarah Keselamatan Negara.

2. Selaras dengan pendekatan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang berlandaskan prinsip kolaborasi, inklusif dan whole-of-nation, MPN telah bersetuju untuk menjemput wakil-wakil dari parti-parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan, Warisan and Pejuang, sebagai ahli MPN.

3. Di samping itu, MPN juga bersetuju untuk menjemput wakil dari Kerajaan-Kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk menganggotai Majlis.

4. Seterusnya, MPN juga mengalu-alukan kesediaan dan penglibatan pakar-pakar dari pelbagai industri, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta pakar-pakar ekonomi, sosial dan kesihatan yang telah bersetuju untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing.

a. YBhg. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop;
b. YBhg. Tan Sri Dato’ Azman bin Hj. Mokhtar;
c. Ybhg. Tan Sri Anthony Fernandes;
d. YBhg. Profesor Dato’ Dr. Adeeba Kamarulzaman;
e. YBhg. Datuk Seri Wong Chun Wai;
f. YBhg. Datuk Michael Kang;
g. YBhg. Datuk Dr. Habibah binti Abdul Rahim;
h. YBrs. Datuk Dr. Hartini Zainuddin; dan
i. YBrs. Dr. Sivakumar Thurairajasingam.

5. Keanggotaan wakil-wakil parti pembangkang, tokoh-tokoh dan pakar-pakar dari pelbagai sektor ini akan memantapkan lagi keahlian MPN serta pelaksanaan PPN yang bersifat dinamik dan perlu diadaptasi berdasarkan situasi semasa. MPN berharap kepelbagaian pendapat dan kepakaran ini dapat menyumbang kepada antara lainnya, pemerkasaan sektor kesihatan; peningkatan usaha vaksinasi; penyelarasan, pelaksanaan dan keberkesanan SOP, serta sokongan dan bantuan Kerajaan dalam tempoh pemulihan.

6. Seterusnya, MPN juga akan menyampaikan maklumat mengenai aspek-aspek PPN kepada rakyat secara telus dan mudah difahami melalui portal rasmi PPN yang akan dilancarkan pada 26 Julai 2021.

 


 

YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Kewangan (Merangkap Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara)
Putrajaya
21 Julai 2021

Arkib Siaran Media

Logo Accessibility