Sekarang ini makin ramai yang berani menyamar jadi “pegawai bantuan” kononnya nak bantu urus permohonan STR atau SARA. Tapi sebenarnya, semua tu tipu semata-mata!
Mereka guna macam-macam taktik: mesej palsu, panggilan telefon, pautan pelik. Itu semua nak dapatkan maklumat peribadi kita.
Sebarkan juga kepada mak, ayah, pak long, jiran-jiran, kawan-kawan kita:
Kalau ada yang minta duit atau janji bulan bintang, tu adalah SCAM! Jangan layan!
Nak informasi sahih, klik bantuantunai.hasil.gov.my/ atau telefon hotline bantuan rasmi.
Talian Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
E-mel STR / SARA:
E-mel BUDI MADANI:
Talian Hotline STR, SARA & BUDI MADANI
Kementerian Kewangan
03-8882 4565 / 03-8882 4566
Lindungi diri, lindungi keluarga!