Pada 6 Februari 2021 , YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan bersama-sama dengan YBhg. Datuk Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Tok Jo telah ke Jalan Raja Bot untuk sesi #TinjauMOF, melawat peniaga-peniaga kecil di sana untuk mendengar sendiri keluhan serta aspirasi mereka yang masih tegar berniaga walaupun menghadapi pelbagai cabaran ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Di bawah 4 Pakej Rangsangan Ekonomi, Belanjawan 2021 dan Pakej Bantuan Permai, Kerajaan telah memperuntukkan beberapa inisiatif khusus untuk membantu PKS mikro dalam menghadapi cabaran COVID-19. Ini termasuk Geran Khas Prihatin, Kempen e-Dagang dan Shop Malaysia Online, serta Skim Mikrokredit PKS Mikro dengan tujuan untuk membolehkan peniaga-peniaga kecil untuk berdiri semula.
Sesi #TinjauMOF ini akan diteruskan dengan matlamat utama iaitu untuk mendengar sendiri keluhan dan cadangan Rakyat, dalam masa sama mendapatkan maklum balas bagi inisiatif-inisiatif Kerajaaan, khususnya di bawah Kementerian Kewangan.
Layari portal ‘Apakah manfaat untuk saya?’ di belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat