Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Jawatankuasa Tindakan Tatatertib (JKTT)

Tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas individu, syarikat, firma perunding dan pertubuhan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sekiranya melakukan kesalahan.

A. Jenis-jenis kesalahan:

  1. Melanggar syarat pendaftaran, memalsukan atau meminda maklumat/dokumen, memperdaya untuk taraf Bumiputera, membenarkan sijil akuan pendaftaran digunakan oleh individu/syarikat/firma perunding lain, gagal mematuhi syarat pendaftaran, gagal mengemaskini maklumat syarikat/firma perunding atau tidak memberi kerjasama dalam hal-hal urusan pendaftaran;
  2. Melanggar syarat tender/ kontrak dengan pemalsuan maklumat/dokumen, menarik diri selepas penutupan tender/sebutharga, menolak tawaran yang telah dikeluarkan oleh Agensi setelah tawaran di buat, berpakat menentukan harga dengan syarikat/firma perunding lain, menyerah hak atau assign kepada syarikat/firma perunding lain, gagal mengekalkan syarat penarafan Bumiputera sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa, gagal mematuhi obligasi kontrak/pesanan Kerajaan, gagal menepati spesifikasi, gagal menepati Terma Rujukan/skop perunding, kesalahan berkaitan kapasiti firma perunding atau tidak membuat pembaharuan pendaftaran; dan
  3. Kesalahan jenayah seperti rasuah, penipuan dan pecah amanah atau tanggungan sivil seperti dikenakan perintah Penghutang Penghakiman (Judgement Debtor), bankrupt, perintah Penerimaan (Receivership) atau Pelikuidasi (Liquidation).


B. Jenis-jenis tindakan/hukuman tatatertib yang boleh diambil bagi kesalahan di atas adalah seperti berikut:

  1. Diberi surat amaran ke atas kesalahan yang telah dilakukan;
  2. Dibatalkan kod bidang yang telah diluluskan;
  3. Digantung pendaftaran bagi tempoh maksimum sehingga lima (5) tahun dan dilarang menerima/ menyertai apa-apa tawaran;
  4. Dibatalkan pendaftaran bagi tempoh maksimum sehingga lima (5) tahun dan dikeluarkan daripada rekod pendaftaran Kementerian Kewangan;
  5. Disenaraihitamkan nama pemilik modal dan atau ahli Lembaga Pengarah bagi tempoh maksimum sehingga lima (5) tahun; dan
  6. Pembatalan taraf Bumiputera bagi tempoh maksimum sehingga lima (5) tahun.


C. Maklumat lanjut berkatian tindakan tatatertib boleh dirujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan (PP) / Perolehan Kerajaan (PK) 8 – Ketidakpatuhan Dalam Perolehan Kerajaan

D. Keputusan Jawatankuasa Tindakan Tatatertib (JKTT) ke atas syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan:

Logo Accessibility