F.A.Q

Contact Us

Complaints and Feedback

Site Map

Photos

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3

Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menganjurkan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 (1st ASEAN+3 Task Force Meeting) di Langkawi, Kedah.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Malaysia dan Pengerusi Bersama (Co-Chair) Republik Rakyat China (RRC) yang melibatkan penyertaan fizikal dan secara atas talian seramai 135 orang pegawai dan anggota delegasi dari Kementerian Kewangan dan Bank Pusat negara-negara ASEAN+3 (ASEAN, RRC, Republik Korea dan Jepun). 

Delegasi Malaysia bagi mesyuarat ini diketuai oleh YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar). 

Antara lain, mesyuarat ini memberi tumpuan kepada Strategi dan Isu Dasar ASEAN+3 dan Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM).

Photos Archieve

Logo Accessibility