F.A.Q

Contact Us

Complaints and Feedback

Site Map

Photos

MOF mengalukan kedatangan delegasi ASEAN, China, Jepun dan Korea ke Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3

MOF mengalukan kedatangan delegasi ASEAN, China, Jepun dan Korea ke Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengalu-alukan kedatangan delegasi ASEAN, China, Jepun dan Korea ke Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 (1st ASEAN+3 Task Force Meeting) yang akan berlangsung esok di Langkawi, Kedah.

Mesyuarat ini merupakan platform utama untuk negara-negara anggota ASEAN+3 membincangkan hala tuju dan memperhalusi kemajuan yang telah dicapai berhubung inisiatif-inisiatif bersama dalam kerangka kewangan, perbankan dan sekuriti. Selain daripada itu, mesyuarat ini juga penting untuk mendapatkan konsensus serta mengekalkan momentum dalam rangka kerja kerjasama kewangan ASEAN+3 yang akan menyumbang kepada kestabilan kewangan dan pembangunan mampan di rantau ini.

MOF komited dalam memastikan mesyuarat ini mencapai objektif penganjurannya dalam memajukan rangka kerja proses kewangan ASEAN+3.

Photos Archieve

Logo Accessibility