Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun (SBM)
Jumlah paparan: 19378
Visi
Menjadi sebuah kementerian kawal selia ke atas pengurusan kewangan BBP yang efektif, terutamanya kepada BBP MOF.
Misi
Memastikan badan berkanun mengamalkan tadbir urus kewangan yang baik dan mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.
Objektif
Melaksanakan fungsi agensi pusat bagi badan berkanun dalam urusan mendapatkan kelulusan bagi perkara-perkara di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan;
Memantau dan melaporkan prestasi kewangan badan berkanun;
Menyediakan pekeliling/ peraturan/ garis panduan berkaitan pengurusan kewangan untuk diterimapakai oleh badan berkanun; dan
Memastikan tadbir urus badan berkanun yang baik serta memastikan keberkesanan Lembaga Pengarah melalui wakil Kementerian Kewangan di dalam badan berkanun.
Fungsi
Menganalisis dan menyemak perkara-perkara berkaitan dasar dan peraturan berhubung pengurusan Badan Berkanun Persekutuan (BBP).
Merangka dasar dan hala tuju strategik pengurusan BBP.
Menyelaras maklum balas dan ulasan Kementerian Kewangan terhadap isu berkaitan BBP.
Menyediakan Memorandum Jemaah Menteri mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi BBP di bawah Kementerian Kewangan.
Menganalisis aliran tunai BBP bagi tujuan kelulusan penyaluran geran mengurus dan pembangunan.
Menyediakan perakuan bagi permohonan pelaburan, pinjaman, dan penubuhan syarikat BBP selaras dengan Akta Tubuh masing-masing dan Akta Badan Berkanun (Kuasa Meminjam) 1999 [Akta 598].
Menyediakan perakuan bagi permohonan pinjaman, pelaburan, penubuhan syarikat dan pelupusan aset bagi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri (PKPN) selaras dengan Akta Perbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) 1962 [Akta 380].
Menganalisis aliran tunai BBP bagi tujuan kelulusan penyaluran geran mengurus dan pembangunan.
Menyediakan perakuan bagi permohonan pelaburan, pinjaman, dan penubuhan syarikat BBP selaras dengan Akta Tubuh masing-masing dan Akta Badan Berkanun (Kuasa Meminjam) 1999 [Akta 598].
Menyediakan perakuan bagi permohonan pelaburan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaras dengan Seksyen 40(4), Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].
Menganalisis Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan BBP di bawah Kementerian lain selain Kementerian Kewangan bagi tujuan menyediakan ulasan Kementerian Kewangan untuk pembentangan kepada Jemaah Menteri dan Parlimen.
Mengawalselia dan memantau tadbir urus serta pengurusan kewangan Pihak Berkuasa Koridor (PBK).
Menguruskan proses pelantikan Anggota Lembaga Pengarah oleh Menteri Kewangan bagi BBP di bawah Kementerian Kewangan seperti yang ditetapkan di bawah Akta Tubuh BBP.
Menguruskan pencalonan wakil Kementerian Kewangan dalam Lembaga Pengarah BBP/ Syarikat BBP/ Badan Berkanun Negeri (BBN)/ PKEN/ PKPN di bawah Kementerian lain.
Memproses cadangan pelantikan baharu dan pelantikan semula Ketua Pegawai Eksekutif BBP di bawah Kementerian Kewangan.
Memberi khidmat nasihat serta melaksanakan latihan peningkatan kompetensi dan kemahiran kepada wakil Kementerian Kewangan dalam Lembaga Pengarah BBP.
Menguruskan permohonan berhubung gaji, elaun, bonus dan kemudahan bagi Anggota Lembaga Pengarah/ Jawatankuasa.
Menguruskan semua hal ehwal berkaitan pentadbiran bahagian.