Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Bahagian Perolehan Kerajaan (GPD)

Visi

Peneraju perolehan Kerajaan yang dinamik, adil dan saksama serta berintegriti ke arah mencapai tadbir urus terbaik.

Misi

Mengawal selia perbelanjaan wang awam secara profesional dan telus melalui kerjasama dengan stakeholders dalam menggubal dasar perolehan Kerajaan yang strategik dan memberikan nilai faedah yang terbaik.

Objektif

Memastikan semua perolehan Kerajaan diurus berlandaskan dasar dan prinsip perolehan Kerajaan bagi menjamin perolehan yang terbaik dan berkesan.

Fungsi


  1. Menetapkan halatuju dasar, prinsip dan peraturan perolehan Kerajaan bagi bekalan, perkhidmatan dan kerja agar selari dengan agenda pembangunan negara.
  2. Memperakukan kertas pertimbangan bagi kerja, bekalan, perkhidmatan perunding dan perkhidmatan bukan perunding (termasuk perolehan di luar aturan Kementerian/Agensi) berlandaskan prinsip-prinsip perolehan kerajaan.
  3. Memantau pengurusan Tender Kontrak Pusat dan Kontrak Pusat Sistem Panel.
  4. Memantau perancangan pelaksanaan penggunaan sistem perolehan oleh Agensi Kerajaan Persekutuan termasuk KPI penggunaan Sistem eP.
Logo Accessibility