Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023)

Surat Edaran Pindaan Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) Bagi Arahan Perbendaharaan (AP) 11, AP 100, AP 101 dan AP 102


Arahan Perbendaharaan adalah peraturan utama berkaitan tata kelola pengurusan kewangan Kerajaan yang meliputi aspek pengurusan belanjawan, hasil, perbelanjaan, perolehan, aset awam dan perakaunan sektor awam.

Selanjutnya

Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023)


Arahan Perbendaharaan yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1966 dalam versi Bahasa Inggeris. Beberapa semakan dan penambahbaikan telah dibuat pada tahun 1970, 1997 dan 2008. Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) ini dikeluarkan bagi menggantikan Arahan Perbendaharaan bertarikh 31 Julai 2008.

Semakan semula Arahan Perbendaharaan ini telah dibuat secara kolektif melalui penglibatan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan tata kelola dan pelaksanaan pengurusan kewangan Kerajaan adalah teratur dan lancar seiring dengan keperluan dasar pendigitalan sektor awam, penetapan akauntabiliti pegawai awam yang jelas dan perkembangan semasa sistem perakaunan. Arahan Perbendaharaan ini perlu dibaca bersama-sama dengan Pekeliling Perbendaharaan yang berkuat kuasa atau apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Malaysia dari semasa ke semasa.

Selanjutnya

Senarai Pemilikan Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023)


Selanjutnya

Pindaan Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) Bagi Arahan Perbendaharaan (AP) 150 dan AP 299


AP 150 - Pelupusan Rekod Kewangan dan Perakaunan

  • Bertujuan untuk memudah cara Jabatan/ Agensi Sektor Awam menguruskan tatacara pelupusan dokumen kewangan dan perakaunan.

AP 299 - Resit Rasmi & Borang Yang Tidak Digunakan Atau Usang Atau Rosak

  • Bertujuan untuk memperkasakan AP agar selari dengan Akta yang berkuat kuasa.
Selanjutnya

Senarai Pindaan Arahan Perbendaharaan

No. A.P
Tajuk
Tarikh Kuatkuasa
Pindaan

AP 11

Penurunan Kuasa Bertulis

17 Julai 2024

AP 100 (a) & (b)

Tuntutan Perjalanan Pegawai Awam

17 Julai 2024

AP 101

Penetapan Kuasa Memperaku Dan Menandatangani Baucar

17 Julai 2024

AP 102

Perakuan Pegawai Pengawal Atau Pegawai Yang Diberi Kuasa

17 Julai 2024

AP 150

Pelupusan Rekod Kewangan & Perakaunan

28 November 2025

AP 299

Resit Rasmi & Borang Yang Tidak Digunakan Atau Usang Atau Rosak

28 November 2025

Logo Accessibility