Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Belanjawan 2026 Dirangka Berasaskan Realiti Ekonomi Semasa Demi Kesejahteraan Rakyat

PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) – Belanjawan 2026 dirangka berasaskan realiti ekonomi semasa dan bukan semata-mata berpandukan teori ekonomi, selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan pengurusan fiskal negara kekal berhemah serta berpaksikan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, berkata pendekatan belanjawan ketika ini tidak boleh disamakan dengan era 1990-an apabila ekonomi negara mencatat pertumbuhan pesat antara 10 hingga 11 peratus dengan kadar defisit yang rendah.

“Kerangka belanjawan tidak boleh lari daripada realiti ekonomi yang sedang kita hadapi. Kadang-kadang, kalau kita hanya dengar pandangan ahli akademik atau pakar teori, mereka berikan kerangka umum, tetapi kita perlu tahu keadaan hutang, defisit dan hasil negara terlebih dahulu sebelum boleh mewujudkan keseimbangan.

“Ia berbeza dengan situasi pada 1990-an. Jadi, tentunya pendekatannya juga berbeza. Kita mewarisi hutang yang membengkak dan defisit yang tinggi. Semua ini perlu diteliti terlebih dahulu sebelum kita merangka satu kerangka belanjawan yang sesuai dengan tuntutan semasa,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di sini, hari ini.

Anwar berkata tumpuan utama kerajaan sejak beliau memegang jawatan adalah memperkukuh tatakelola dan integriti pentadbiran, memandangkan isu ketirisan serta rasuah telah menjadi masalah sistemik sejak sekian lama.

Perdana Menteri berkata hasil penguatkuasaan dan tatakelola yang baik oleh agensi seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membolehkan kerajaan memperoleh semula RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun menerusi hasil rampasan, kutipan cukai tertunggak serta usaha membanteras penyeludupan rokok, arak dan sindiket penipuan dalam talian.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility