Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

EV: Pengecualian duti import, eksais jenis CBU dilanjut hingga 31 Dis, 2024

EV: Pengecualian duti import, eksais jenis CBU dilanjut hingga 31 Dis, 2024

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan bercadang memberi lanjutan pengecualian duti import dan eksais ke atas kenderaan elektrik (EV) jenis model import penuh (CBU) sehingga Dis 31, 2024, sejajar langkah berterusan menyokong penggunaan kenderaan tersebut.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan juga bercadang memberikan pengecualian fi permit diluluskan (AP) bagi pengimportan EV sehingga Dis 31, 2023.

"Pengilangan peralatan pengecasan EV diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2032 manakala elaun cukai pelaburan sebanyak 100 peratus," katanya ketika membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata seiring dengan usaha itu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited bagi pemasangan bumbung solar serta menyediakan kemudahan pengecasan EV dengan pelaburan sebanyak RM165 juta sehingga 2025.

Selain itu, Gentari Sdn Bhd, anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) turut komited bagi memasang panel solar di kemudahan kerajaan dan komersial menjelang 2024 yang membabitkan kapasiti panel solar fotovoltan (PV) kumulatif 3 megawatt dan menyediakan 500 unit kemudahan pengecasan EV di seluruh negara.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility