Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Harga petrol, diesel kekal - MOF

Harga petrol, diesel kekal - MOF

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15). - Gambar hiasan/BERNAMA

 

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 12 hingga 18 Jan ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga runcit bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling semasa," menurut kenyataan itu.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility