CYBERJAYA, 7 Mac (Bernama) – Tanggal 1 Mac 2023 merupakan tarikh genap 27 tahun buat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) sejak ia diperbadankan pada tahun 1996. Sambutan Hari HASiL pada tahun 2023 ini disambut meriah dengan kehadiran Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bertempat di Dewan Bangsawan, Menara Hasil Cyberjaya.
Perasmian majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dan disiarkan secara langsung menerusi platform youtube untuk disaksikan oleh Team HASiL di seluruh Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL.
Untuk teks penuh, klik di sini