Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini. Bajet 2023 adalah yang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 Sept tahun lepas. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan kadar cukai efektif minimum di peringkat global bagi membolehkan Malaysia meluaskan asas cukai dan menarik pelaburan langsung asing, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata langkah ini sejajar dengan saranan di bawah Pillar 2 Pelan Tindakan Hakisan Asas dan Peralihan Keuntungan (BEPS) 1.
"Kerajan juga bercadang untuk melaksanakan Qualified Domestic Minimum Top-up Tax setelah kajian lanjut dibuat dan disasarkan pada 2024,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 di Parlimen hari ini.