Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Kerajaan cadang lanjutkan tempoh permohonan insentif GITA, GITE hingga 31 Dis, 2025

Kerajaan cadang lanjutkan tempoh permohonan insentif GITA, GITE hingga 31 Dis, 2025

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini. Bajet 2023 adalah yang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 Sept tahun lepas. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bagi menggalakkan pelaburan hijau, kerajaan mencadangkan untuk melanjutkan tempoh permohonan insentif Elaun Cukai Pelaburan Hijau (GITA) dan Pengecualian Cukai Pendapatan Hijau (GITE) hingga 31 Dis, 2025.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu dibuat dengan menambah baik tempoh galakan kepada lima tahun daripada tiga tahun bagi aktiviti hijau yang layak, misalnya aktiviti solar berserta sistem penyimpanan tenaga bateri.

Selain itu, katanya Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) akan turut ditambah baik dengan nilai jaminan dinaikkan kepada RM3 bilion sehingga tahun 2025.

"Skop pembiayaan diperluas khususnya kepada sektor kenderaan elektrik (EV) dengan had jaminan sehingga 60 peratus dan pembiayaan sektor sisa akan ditingkatkan tahap jaminannya kepada 80 peratus,” katanya ketika membentangkan Bajet 2023 bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata sebagai pinjaman mudah, Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyediakan RM1 bilion di bawah Dana Pembiayaan Teknologi Tinggi dan Hijau bagi menyokong syarikat pemula teknologi lestari yang inovatif.

"Selain itu, RM1 bilion di bawah Dana Pembiayaan Peralihan Karbon Rendah untuk membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerap amalan rendah karbon," katanya

Tengku Zafrul berkata Khazanah Nasional Bhd akan menyediakan RM150 juta melalui Dana Impak bagi merancakkan pembangunan projek mesra alam, termasuk menyokong pasaran karbon dan restorasi hutan terosot.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility