Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

MOF lancar SIS

MOF lancar SIS

PUTRAJAYA, 26 Mei - Kementerian Kewangan melancarkan Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan SIS untuk syarikat pelaburan berkaitan kerajaan GLICs.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, SIS akan membantu GLICs berkembang dengan lebih mampan selaras dengan aspirasi kerajaan Malaysia Madani menjelang 2025.

"Lima prinsip SIS ini dinyatakan pertama, tadbir urus dan struktur; kedua, penjajaran strategi; ketiga, proses dan metodologi pelaburan; keempat hak dan tanggungjawab pelabur serta kelima, penzahiran dan ketelusan.

"Semua perlu diikuti syarikat-syarikat Menteri Kewangan (Diperbadanankan), GLC dan GLICs,"katanya.

SIS juga menyediakan keperluan dan panduan praktikal yang luas sebagai piawaian umum bagi GLICs.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan di Putrajaya.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility