Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Pendekatan strategik dikenal pasti untuk pasarkan hasil R&D tempatan – Kementerian Kewangan

Pendekatan strategik dikenal pasti untuk pasarkan hasil R&D tempatan – Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan Malaysia 

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) – Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta pihak berkepentingan telah mengenal pasti kepentingan dalam pemasaran dan penekanan terhadap pendekatan yang lebih strategik dan bersistematik bagi hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan.

Segala penemuan dan penyelesaian teknologi yang telah berjaya dihasilkan di fasa R&D perlu dikomersialkan dan dipadankan dengan keperluan pengguna yang sebenar, kata Kementerian Kewangan dalam Laporan Kewangan Rakyat ke-110, yang dikeluarkan, hari ini

“Antara bidang pertumbuhan baharu negara yang telah dikenal pasti ialah Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (10-10 MySTIE) yang berpotensi besar untuk diperkembangkan melalui R&D bagi merancakkan pemulihan dan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Selain itu, kerajaan turut menekankan kepada aspek Industry4WRD, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA).

Sementara itu, Kementerian Kewangan baru-baru ini telah menerbitkan Kertas Konsultasi Awam (KKA) kelimanya dalam merangka Bajet 2023 bertajuk “Dasar Penggunaan Barangan, Perkhidmatan dan Teknologi Hasil Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Tempatan Dalam Perolehan Kerajaan”.

Penerbitan KKA itu adalah bertujuan untuk mendengar cadangan dan pandangan pemain industri, orang awam serta rakyat Malaysia, katanya.

Rakyat Malaysia dijemput untuk mengemukakan maklum balas sebelum atau pada 15 September 2022, menerusi pautan https://forms.gle /TpfMyJNC3qKbq7ww6.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://budget.mof.gov.my/bajet2023/kertaskonsultasi/.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility