Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Peruntukan inisiatif SemarakNiaga ditingkatkan kepada RM45 bilion bagi 2023

Peruntukan inisiatif SemarakNiaga ditingkatkan kepada RM45 bilion bagi 2023

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bagi merancakkan lagi aktiviti perniagaan, Inisiatif SemarakNiaga 2023 ditambah baik dengan nilai peruntukan sebanyak RM45 bilion berbanding RM40 bilion yang diperuntukkan bagi 2022, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, nilai ini merangkumi pinjaman langsung, pembiayaan alternatif dan jaminan pembiayaan.

'Bagi tahun hadapan, sejumlah RM1.7 bilion daripadanya tersedia sebagai dana pinjaman mikro dan kemudahan perniagaan untuk manfaat peniaga kecil.

'’Antaranya termasuk, pinjaman Mikro Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan ketersediaan dana RM950 juta. Ini termasuk RM350 juta untuk Skim Penjaja Kecil Keluarga Malaysia dengan RM150 juta dikhususkan untuk peniaga Bumiputera,'’ katanya semasa membentangkan Bajet 2023 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama' di Dewan Rakyat, hari ini.

Tengku Zafrul berkata skim pinjaman pengusaha kecil di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) khusus untuk Bumiputera, wanita, belia dan sektor tidak formal akan diperuntukkan dengan dana sebanyak RM300 juta.

Di samping itu, kemudahan pinjaman perniagaan khusus kepada kaum Cina dengan ketersediaan dana RM200 juta akan disediakan dengan kadar faedah serendah empat peratus.

'’Kemudahan pinjaman mikro di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) disediakan dana RM25 juta. Selain itu, RM100 juta juga disediakan di bawah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA),'’ jelasnya.

Beliau berkata, di bawah program kewangan social iTEKAD, kerajaan akan menyediakan bantuan sebanyak RM10 juta yang turut dipadankan bersama dana institusi kewangan melalui sumbangan zakat dan wakaf tunai.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility