Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

PM Anwar meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri MOF

PM Anwar meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri MOF

PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan di sini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba kira-kira pada 1 tengah hari di perkarangan Kementerian Kewangan dan meluangkan masa kira-kira sejam di majlis tersebut.

Turut hadir kedua-dua timbalan menteri kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Pada majlis itu, Anwar turut mendendangkan lagu ‘Azizah’ ciptaan Seniman Agung P. Ramlee buat isterinya di hadapan hadirin dan menerima tepukan gemuruh.

Beliau turut menyantuni warga kerja Kementerian Kewangan serta agensi di bawahnya yang hadir pada sambutan Hari Raya Aidilfitri itu sebelum meninggalkan majlis.

Jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan menyediakan kira-kira 20 gerai yang menyediakan juadah hari raya untuk hadirin.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility