Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

PM Ismail Sabri tinjau persiapan Bajet 2023

PM Ismail Sabri tinjau persiapan Bajet 2023

PUTRAJAYA, 6 Okt (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meninjau persiapan penyediaan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan di sini.

Beliau yang tiba di pekarangan kompleks berkenaan pada pukul 12 tengah hari, disambut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir dua timbalan menteri kewangan iaitu Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Datuk Yamani Hafez Musa.

Ismail Sabri kemudiannya bertemu dan beramah mesra dengan pegawai serta petugas Kementerian Kewangan yang terbabit dalam penyediaan Bajet 2023, sebelum meninjau ke bilik operasi penyediaan bajet.

Bajet 2023 dijadual dibentangkan oleh Tengku Zafrul di Dewan Rakyat pada 4 petang esok.

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility