Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Petikan Akhbar

Tengku Zafrul bentang Bajet 2023 di Dewan Rakyat

Tengku Zafrul bentang Bajet 2023 di Dewan Rakyat

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (tiga, kiri) meninggalkan Kementerian Kewangan untuk ke Parlimen bagi membentangkan Bajet 2023 hari ini.

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat.

Bajet 2023 adalah yang kedua di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan yang kedua sejak Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilancarkan pada 27 Sept tahun lepas.

Perdana Menteri sebelum ini berkata kerajaan akan memastikan Bajet 2023 berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat segenap lapisan masyarakat dengan mengambil kira cabaran yang bakal dihadapi tahun depan.

Menurutnya antara tumpuan utama dalam Bajet 2023 adalah untuk memastikan pemulihan pasca COVID-19 yang turut mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat serta kelangsungan perniagaan.

Ini merupakan kali ketiga Tengku Zafrul sebagai menteri kewangan membentangkan bajet selepas beliau membentangkannya di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada 2020, manakala tahun lepas untuk kerajaan pentadbiran Ismail Sabri.

Tengku Zafrul membentangkan Bajet 2022 pada 29 Okt 2021 dengan peruntukan tertinggi dalam sejarah berjumlah RM332.1 bilion untuk menyedia dan merancang pelbagai strategi serta inisiatif bagi mensejahterakan rakyat dan membangunkan ekonomi yang makmur serta mampan.

 

Arkib Petikan Akhbar

Logo Accessibility