Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

2022 Annual Meetings Islamic Development Bank Group Opening Ceremony di Mesir

2022 Annual Meetings Islamic Development Bank Group Opening Ceremony di Mesir

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah menghadiri 2022 Annual Meetings Islamic Development Bank Group Opening Ceremony di Sharm El Sheikh International Convention Centre.


Mesyuarat IsDB Group pada tahun ini memberikan fokus kepada daya tahan dan kelestarian negara-negara pasca pandemik COVID-19 selari dengan tema "Beyond Recovery : Resilience And Sustainability".


Ini merupakan platform yang baik bagi negara anggota untuk berbincang dan bertukar pandangan dari segi polisi dan langkah-langkah strategik dalam menghadapi pembangunan yang berliku selepas era COVID-19 yang semestinya menggugat ekonomi dan sosial.


Oleh itu, mesyuarat tahun ini mengetengahkan aspek-aspek daya tahan dan kelestarian melalui forum-forum, sesi perkongsian ilmu dan juga mesyuarat-mesyuarat antarabangsa di bawah bidang perbendaharaan negara anggota secara menyeluruh.


Beliau berharap agar mesyuarat tersebut dapat memberikan manfaat kepada semua 57 delegasi negara anggota yang hadir dari seluruh pelusuk dunia demi membangunkan syiar islam.

Arkib Foto

Logo Accessibility