Kementerian Kewangan (MoF) menerima kunjungan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelaksanaan Program HRMIS CARE – platform libat urus bersama agensi Kerajaan untuk meninjau tahap pelaksanaan Sistem HRMIS, mengenal pasti cabaran serta berkongsi perkembangan terkini seperti maklumat mengenai Sistem HRM Baharu serta perubahan susulan kepada sistem HRMIS pasca pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Bersempena program ini, Reruai Khidmat Pelanggan turut dibuka yang memfokuskan kepada aplikasi MyHRMIS Mobile dan inisiatif MyDigital ID oleh MyDigital ID Sdn. Bhd., bertempat di ruang legar lobi utama MoF.
Program ini turut dihadiri wakil-wakil jabatan dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Lembaga Pembangunan Langkawi serta bahagian-bahagian di MoF.