Warga Perbendaharaan Malaysia telah menyaksikan secara langsung Amanat Perdana Sempena Setahun Malaysia Prihatin oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri bertempat di Galeri Perbendaharaan Malaysia dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.




Turut hadir YBhg. Dato' Othman Semail, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), YBrs. Encik Ahmad Suhaimi Endut, Setiausaha Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi dan YBrs. Tuan Haji Yaacub Haji Chik, Pengerusi Tribunal Rayuan Kastam.
#SetahunMalaysiaPrihatin