Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022

Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengiringi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan serta DYMM Raja Pemaisuri Perak Darul Ridzuan ke Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022.

Anugerah Diraja tersebut mengiktiraf dan memberikan penghargaan kepada individu yang telah memajukan kewangan Islam secara global menerusi sumbangan dan pencapaian cemerlang mereka.

Tahniah beliau ucapkan kepada Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar yang telah dikurniakan Anugerah Diraja Kewangan Islam 2022 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Beliau merupakan cendekiawan Syariah yang terkemuka dan diiktiraf secara meluas atas sumbangannya kepada pembangunan industri kewangan Islam global.

Kerajaan sentiasa memastikan kedudukan Malaysia sebagai peneraju industri kewangan Islam global terus diperkukuh. Malaysia kekal sebagai pasaran kewangan Islam terbesar di Asia Tenggara berdasarkan jumlah terbitan bon korporat dan sukuk berjumlah RM114.29 bilion tahun lalu berbanding RM104.58 bilion pada tahun 2020. Manakala saiz pasaran modal Islam meningkat kepada RM2.31 trilion pada akhir tahun 2021 daripada RM2.26 trilion tahun sebelumnya.

Arkib Foto

Logo Accessibility