YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perbendaharaan Malaysia Tahun 2020 bertempat di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.
APC merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai yang telah memberi perkhidmatan yang cemerlang. Perkhidmatan cemerlang adalah perkhidmatan yang diberi oleh seseorang pegawai yang mutu atau penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya berdasarkan prestasi tahunan pegawai.




Seramai 129 penerima daripada setiap Bahagian di Perbendaharaan Malaysia yang melibatkan 54 pegawai lelaki dan 75 pegawai wanita telah diperakukan prestasinya dalam bidang tugas masing-masing sepanjang tahun 2020 oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia Perbendaharaan Malaysia. Bilangan penerima APC bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah seramai 65 orang dan 64 orang dari kumpulan Sokongan.
Tahniah buat semua!