YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II telah bersama rakan-rakan sejawatan ASEAN hadir ke ASEAN Finance Ministers and Central Bank Governors Meeting (AFMGM) di Bali, Indonesia.
Banyak isu kewangan dibicarakan, terutama berkaitan daya tahan fiskal, ekonomi digital, kelestarian, kesihatan, peralihan tenaga, keterjaminan makanan dan paling penting, kerjasama serantau antara negara-negara tetangga ASEAN.
Pengalaman pandemik harus menginsafkan kita bahawa, ‘no one is safe until everyone is safe’, bukan sahaja dalam aspek kesihatan tetapi juga dalam aspek-aspek lain termasuk kewangan.
Terima kasih Indonesia untuk keramahan menyantuni tetamu dan beliau merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan penganjuran AFMGM.