Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

ASEAN Finance Ministers and Central Bank Governors Meeting Di Indonesia

ASEAN Finance Ministers and Central Bank Governors Meeting Di Indonesia

YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II merakamkan rasa syukur kerana telah selesai menghadiri program ASEAN Finance Ministers and Central Bank Governors Meeting (AFMGM) di Bali, Indonesia selama tiga hari.

Ini merupakan misi luar negara yang pertama buat beliau sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Beliau amat menghargai kesempatan bertemu rakan-rakan sejawatan, para Menteri dan Timbalan Menteri Kewangan negara-negara tetangga di ASEAN.

Bicara selama tiga hari tersebut melibatkan pelbagai isu berkepentingan kepada Malaysia dan rantau ASEAN dari aspek dasar kewangan dan monetari. Isu-isu seperti pendedahan ASEAN kepada krisis perbankan dan inflasi di Amerika Syarikat dan Europah turut dibincangkan.

Malaysia menyokong usaha memperkasakan kerjasama ASEAN dalam isu seperti kelestarian, kesihatan awam, keterjaminan makanan, peralihan tenaga dan ekonomi digital.

Dalam sesi pemukiman Menteri-menteri Kewangan ASEAN, beliau turut berkongsi tentang usaha serta cabaran yang dihadapi Kementerian Kewangan dalam pengurusan pandemik dan pemulihan pasca pandemik.

Walaupun negara berdepan kemelut politik ketika itu, beliau berbangga menyatakan bahawa pihak kerajaan, pembangkang dan rakyat Malaysia secara amnya telah mengembleng usaha melawan pandemik demi negara. Beliau sendiri juga telah dilantik oleh mantan Menteri Kesihatan ketika itu sebagai penyelaras urusan COVID-19 di Pulau Pinang.

Beliau juga mencadangkan pendekatan "jalur merah" ataupun "red lines approach" untuk negara-negara ASEAN bersatu dalam isu-isu berkepentingan bersama, waima kita mungkin berbeza pendirian dalam isu-isu lain. Sebagai institusi yang ditubuhkan pada abad ke-20, adalah wajar untuk ASEAN mengenalpasti semula jalur-jalur merah kepada rantau kita pada abad ke-21 ini sekali gus bersuara sebagai satu gabungan yang utuh dalam isu-isu tersebut.

Terima kasih Indonesia beliau ucapkan di atas keramahan menyantuni tetamu serta tahniah di atas kejayaan penganjuran AFMGM 2023.

Arkib Foto

Logo Accessibility