YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mewakili Kementerian Kewangan Malaysia dalam ASEAN Finance Ministers’ Meeting (26th AFMM) yang diadakan secara maya dan telah dipengerusikan oleh negara Kemboja.
Dalam ucapan intervensi, beliau berkesempatan berkongsi dengan Menteri-menteri Kewangan ASEAN berkenaan Tinjauan Ekonomi Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 serta berkenaan ‘Bilateral Avoidance of Double Taxation’ dengan semua ahli negara ASEAN.
Beliau turut berkesempatan mendengar wakil-wakil daripada negara lain berkongsi mengenai keadaan ekonomi negara mereka yang kebanyakannya sudah menunjukkan perkembangan positif seiring dengan fasa peralihan ke arah endemik.