Majlis Perasmian Bengkel Pembangunan Pelan Risiko Perbendaharaan Tahun 2022 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Sakeri Abdul Kadir, Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat.
Bengkel yang dianjurkan selama 3 hari oleh Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, Kementerian Kewangan Malaysia bermula pada 20 Julai sehingga 22 Julai 2022 tersebut merupakan kerjasama dengan pihak Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) bagi penghasilan pelan pengurusan risiko yang holistik untuk mengelak atau meminimakan potensi risiko dalam penyampaian perkhidmatan yang berkesan.