Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Bengkel Penyediaan Penyata Perbelanjaan Cukai

Bengkel Penyediaan Penyata Perbelanjaan Cukai

Bahagian Cukai, Kementerian Kewangan (MOF) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Penyata Perbelanjaan Cukai (Tax Expenditure Statement, TES) dengan kerjasama Kumpulan Bank Dunia (World Bank Group, WBG) pada 5 hingga 7 Mac 2024 bertempat di Dewan Galeri, MOF.

Seramai 35 orang peserta telah menghadiri bengkel tersebut yang terdiri daripada pegawai-pegawai MOF, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Bengkel tersebut bertujuan memberi latihan dan bimbingan kepada pegawai-pegawai MOF dalam menyediakan serta menerbitkan TES selaras dengan penguatkuasaan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 [Akta 850].

YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) telah menyempurnakan sesi penutupan bengkel tersebut.

Arkib Foto

Logo Accessibility