Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Forum Khazanah Megatrends 2024

Forum Khazanah Megatrends 2024

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah hadir di Forum Khazanah Megatrends 2024 bagi tahun ke-19 yang telah diadakan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Turut hadir bersama-sama ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta YBhg. Dato’ Amirul Feisal Wan Zahir, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd.

YAB Dato’ Seri Anwar ketika menyampaikan amanat pada mukadimah forum itu, beliau turut menyentuh keperluan perubahan sistem ekonomi yang menjunjung prinsip manusiawi bagi mencapai keadilan sosial. 

Beliau berkata ia perlu diberi perhatian dengan mengambil kira sistem ekonomi tanpa kawal selia Kerajaan, hanyalah menguntungkan sesetengah golongan dan merugikan rakyat terbanyak.

Menyentuh mengenai prakarsa dilaksanakan Kerajaan MADANI, adakalanya tidak popular seperti penyasaran subsidi namun ia adalah untuk memastikan kedudukan kewangan terus kukuh bagi melaksanakan agenda reformasi mengangkat darjat hidup rakyat. 
Forum Khazanah Megatrends yang memasuki tahun ke-19, membawa tema “Pursuit of Potatoes: Paving Paths from the Probable to the Possible”. Forum diadakan selama 2 hari iaitu pada 7 dan 8 Oktober 2024 di Kuala Lumpur.

Arkib Foto

Logo Accessibility