Forum Pengurusan Hutang Awam ke-20 anjuran bersama Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan IMF telah berlangsung di Sasana Kijang, Kuala Lumpur.
Platform ini berperanan sebagai medan perkongsian strategi dan inovasi untuk memperkukuh pengurusan hutang awam yang mampan dan adaptif.
Dengan tema "Managing Public Debt Amid Evolving Capital Markets", forum ini menghimpunkan sekitar 200 peserta dari 37 negara termasuk pakar kewangan, pengurus hutang dan penggubal dasar.